Biografi Tan Tock Seng

Awal hidup

Beliau lahir di Melaka, Tanah Melayu tahun 1798;[3] ayahnya seorang imigran Orang Hokkien manakala ibunya seorang Cina Peranakan.[4] Beliau berpindah ke Singapura tahun 1819 untuk mencuba nasib baharu di mana beliau menjual hasil ladang termasuk buah sayur dan ayam itik, kesungguhannya dalam bekerja menjadikan beliau seorang peniaga yang berjaya dan ternama.

Kerjaya politik

Beliau menjadi cukup dipercayai sehingga beliau diamanahkan sebagai ketua hakim pertama bangsa Asia di Singapura lantikan Gabenor William John Butterworth. He was skillful at settling feuds among the Chinese and was accustomed to bear the expenses of burying poor Chinese.

Pada tahun 1844, Tan menyumbangkan sebanyak $5,000 (dalam nilai rupee India mengikut matawang semasa) kepada perancangan membina Hospital Tan Tock Seng di Pearl's Hill, ia hasil budi beliau yang berasa kasihan terhadap banyak orang miskin dan sakit yang dilihatnya semasa berniaga.[5] Isterinya Lee Seo Neo yang memiliki sebuah ladang kelapa di Geylang turut menyumbang kepada pembinaan wad perempuan di sana. Hospital ini dipindahkan ke kawasan terkini (Jalan Tan Tock Seng) apabila bangunan lama menjadiuzur dan tidak lagi mampu menampung pesakit banyak.

Tan turut menyumbang kepada pembinaan tokong Tao Thian Hock Keng di Telok Ayer tahun 1842 untuk para pendatang Fujian.

Senja hidup

Tan meninggal dunia usia 52 tahun 1850 akibat menghidap penyakit tidak dikenal pasti. Beliau meninggalkan enam orang anak.